Tuesday, July 21, 2015

Sebuah Rumah atas Bukit


Rasanya dah 10 tahun aku ulang alik jalan ni. Sungai Petani - Bedong - Gurun. boleh dikatakan hari-hari jugak aku perhatikan umah atas bukit ni. Cantik, sebab terletak atas bukit n dikelilingi ladang sawit, kadang-kadang waktu pagi ada awan di belakang Berlatarbelakankan Gunung Jerai.  So, kemarin 21/7/2015 aku nekad nak ke rumah tu seorang diri!! , Nak ptengok dekat dekat apa ada? . dan snap pic apa patut.


Pandangan Rumah itu dari Jalan Bedong - Gurun.

Terpaksa "off-road" sikit untuk sampai kepuncak bukit.


Bahagian depan (luar) dihiasi dengan arca seperti gendang.

Macam "Pondok pengawal" dan Pintu masuk yg telah disekat oleh pokok sawit.

Tangga untuk sampai naik kehalaman rumah.

Pandangan depan

Kalau bediri dihadapan rumah ini, kita dapat view sampai ke Sungai Petani & pekan Gurun

  Antara gambar yang sempat diambil.

Kesimpulannya.. rumah ini mungkin pernah dimiliki oleh Pemilik ladang sawit ni tak pun seseorang yg penting. View amat menarik untuk sesi photography, gambar kahwin tak sesuai kot atau penggemar misteri. Sebab rumah ini ditinggalkan pun tak tau, nak kena p siasat lain. Lepas ni nak try masuk dalam plak.
To be continued..............


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...