Showing posts with label Sungai Petani. Show all posts
Showing posts with label Sungai Petani. Show all posts

Wednesday, January 16, 2019

Gundam model kits

Kisah terbeli gundam model kits ni. Dua tige minggu lepas pergi pasar malam area dekat rumah ni. Niat mula nak beli ikan & barang2 basah ja, sekali ni ternampak seorang apek ni jual mainan. Kami pantang kalau nampak toys ni. So singgah dan belek2 aaa. ternampak pulak Gundam 1:100 ni dalam kotak lusuh. Cantik!! terus tanya apek tu. Bajet harga mesti murah la. Apek cakap RM15!!! tapi u angkat yang baru laa, kotak baru!!!. Hahahahah.. jackpot!!  So on laa..

Punya la banyak part. Sakit jari2 sebab lama berenti buat benda ni. Siap malam tu juga.

Siap buat detailing sikit.

Tuesday, April 17, 2018

TT d'Lebai Sungai Petani.


Bagi peminat pengumpul diacast di Sungai Petani dan sekitarnya, TT d'Lebai Sungai Petani merupakan satu "kejadian" yang mengumpulkan mereka. Aktiviti "kumpul & lepak", jualan, cabutan betuah berlangsung setiap malam Sabtu bermula 9.00 malam.
Restoren Asyikin ataupun lebih famous dengan panggilan "Kedai Shisha Lebai" menjadi tempat berlansungnya aktiviti ini., Terletak berhampiran Petron Taman Ria Indah - 8134, Lorong Ria Indah 10/5, Taman Ria Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah







Thursday, July 21, 2016

Kelab Terapi Berkuda Utara

Ini salah satu terapi yg Qayyum join. Terapi berkuda oleh Kelab Terapi Berkuda Utara. Memang bersesuaian dengan diri Qayyum, ada nampak perubahan yg ketara, terutamanya konfiden level dia.
"Cikgu2" memang terlatih dan terbaik. Tiap kali join Qayyum memang enjoy sangat.


Kelab Terapi Berkuda Utara didaftarkan secara rasmi pada 2 Februari 2016. Ia merupakan badan NGO pertama di negeri Kedah/Perlis yang ditubuhkan oleh para ibu bapa yang punya anak OKU bersama individu-individu penuh empati dan dedikasi untuk melihat anak-anak ini menggapai impian mereka dengan menawarkan program terapi berkuda kepada anak-anak kelainan upaya .

Kelab ini mendapat kerjasama daripada jurulatih ‘Riding for the Disabled Association Malaysia’ (RDA) dan Pusat Ekuin, Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah.

Detail @ https://www.facebook.com/Kelab-Terapi-Berkuda-Utara-988730781209520/

LOKASI : PUSAT EKUIN, CINTA SAYANG RESORT, SUNGAI PETANI, KEDAH.

Terbuka kepada semua anak-anak OKU berusia dari umur 5 tahun hingga 12 tahun. Jika anda berminat, anda boleh memohon secara online dengan mengisi borang 'Rider Registration' yang terdapat di laman page kami atau PM kami dengan menyertakan butiran berikut :
1) Nama anak
2) Tarikh lahir anak
3) Umur anak
4) Diagnosis
5) Kondisi anak terkini
6) Nama ibu/bapa atau penjaga
7) Alamat terkini
8) No. telefon/handphone

Pihak kami akan menghubungi anda secepat mungkin bila terdapat kekosongan sesi terapi.










Tuesday, December 22, 2015

Chalet Terapung Segantang Garam Merbok


Weekend lepas ikut event ofis, pertandingan memancing katanya. @ Segantang Garam, Merbok. Tempat kaki2 pancing. Tempat cantik selesa dan aman sangat. seseuai utk release tension2 kerja
Hari tu ikan tak banyak sangat. Tapi seronok layan anak2 belajar memancing. Dapat la jugak anak kerapu dengan ikan ubi.



Pemandangan sekitar Chalet terapung



Chalet terapung
Hasil tangkapan.

Tuesday, July 21, 2015

Sebuah Rumah atas Bukit


Rasanya dah 10 tahun aku ulang alik jalan ni. Sungai Petani - Bedong - Gurun. boleh dikatakan hari-hari jugak aku perhatikan umah atas bukit ni. Cantik, sebab terletak atas bukit n dikelilingi ladang sawit, kadang-kadang waktu pagi ada awan di belakang Berlatarbelakankan Gunung Jerai.  So, kemarin 21/7/2015 aku nekad nak ke rumah tu seorang diri!! , Nak ptengok dekat dekat apa ada? . dan snap pic apa patut.


Pandangan Rumah itu dari Jalan Bedong - Gurun.

Terpaksa "off-road" sikit untuk sampai kepuncak bukit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...