Friday, January 18, 2019

Education kit For Autism

Disebabkan atas permintaan ramai untuk detail benda ni, So saya buat entri kat blog ni.
Benda ini adalah projek akhir adik saya di UITM. Beliau membina "toys" ni dari kajian dan permerhatian kepada anak saya Qayyum (mild autism), segala detail boleh klik pada gambar (open in new tab/download untuk saiz sebenar).


Wednesday, January 16, 2019

WTS : Used Vintage Skystalker Decepticon Micromasters 1989 Transformers G1 Hasbro

Vintage Skystalker Decepticon Micromasters 1989 Transformers G1 Hasbro (shuttle base only)
condition : used





Custom Diecast

Ni satu lagi hobi baru, tak la baru sangat. Memang ketagih, serius!! Beli hotwhells @ diecast, then custom. Tukar tayar, repaint dan macam macam lagi. Sungguh mengasyikkan kalau hasil nya menjadi. Ada juga untuk dijual dan boleh juga mngikut tempahan. 


ini Ford fiesta custom to Rossi 46 theme
boleh follow instagram zzcustoms untuk banyak lagi custom

Gundam model kits

Kisah terbeli gundam model kits ni. Dua tige minggu lepas pergi pasar malam area dekat rumah ni. Niat mula nak beli ikan & barang2 basah ja, sekali ni ternampak seorang apek ni jual mainan. Kami pantang kalau nampak toys ni. So singgah dan belek2 aaa. ternampak pulak Gundam 1:100 ni dalam kotak lusuh. Cantik!! terus tanya apek tu. Bajet harga mesti murah la. Apek cakap RM15!!! tapi u angkat yang baru laa, kotak baru!!!. Hahahahah.. jackpot!!  So on laa..

Punya la banyak part. Sakit jari2 sebab lama berenti buat benda ni. Siap malam tu juga.

Siap buat detailing sikit.

Thursday, April 19, 2018

Modenas Dominar 400 - Pandangan Pertama

Selepas Modenas Bajaj Rs & Ns 200  dan V15, Modenas "mengeluarkan" Dominar 400, yang harga promosi untuk 400 unit pertama RM13,788 tanpa insurans. Dengan teknologi ABS, Slipper Clutch, Digital Triple Spark, harga sebergini memang gila berbaloi untuk sebuah motosikal 400cc

Modenas Dominar 400 ini sememangnya diciptakan sebagai "sport tourer",  dan amatlah sesuai untuk mereka yang berjinak jinak untuk menjadi "overlander". Dengan enjin kapasiti 373cc, dan tangki minyak 13 Liter memang sesuai sangat untuk satu jarak perjalanan acah2 pengembara motosikal.
Pada pendapat saya, dengan penambahan "side box", "tail box" dan extra "windshields" akan menaikan lagi "seri" Modenas Dominar 400 ini sebagai sebuah sport tourer.
Sumber Google

TECHNICAL SPECIFICATION
ENGINE
TypeTRIPLE SPARK 4-VALVE DTS-I ENGINE, CLOSED FUEL INJECTION LIQUID COOLED
Displacement373.3 cc
Max power (PS@ RPM)35 @ 8000 RPM
Max torque(Nm @ RPM)35 @ 6500 RPM
CLUTCHSLIPPER CLUTCH
GEARBOX6 SPEED

CHASSIS & SUSPENSION
FRAMEBEAM TYPE PERIMETER FRAME
FrontTELESCOPIC 43MM FORKS
RearMULTI STEP ADJUSTABLE MONO SHOCK

BRAKES & TYRES
BRAKES FRONT (MM)TWIN CHANNEL ABS, 320 DIA DISC
BRAKES REAR (MM)TWIN CHANNEL ABS, 230 DIA DISC
TYRES FRONT110/70-17 RADIAL
TYRES REAR150/60-17 RADIAL
ELECTRICALS
BATTERY12V, BAH VRLA
HEADLAMPFULL LED WITH AUTO HEADLAMP ON (AHO)

DIMENSION
L x W x H (MM)2,156 x 813 x 1,112
WHEELBASE (MM)1,453
GROUND CLEARANCE (MM)157
KERB WEIGHT (KG)182
FUEL CAPACITY (LTR)13


klik Continue Reading untuk lebih banyak gambar

Tuesday, April 17, 2018

TT d'Lebai Sungai Petani.


Bagi peminat pengumpul diacast di Sungai Petani dan sekitarnya, TT d'Lebai Sungai Petani merupakan satu "kejadian" yang mengumpulkan mereka. Aktiviti "kumpul & lepak", jualan, cabutan betuah berlangsung setiap malam Sabtu bermula 9.00 malam.
Restoren Asyikin ataupun lebih famous dengan panggilan "Kedai Shisha Lebai" menjadi tempat berlansungnya aktiviti ini., Terletak berhampiran Petron Taman Ria Indah - 8134, Lorong Ria Indah 10/5, Taman Ria Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah







Die cast!

Penyakit die cast ni rasa dah lama aku kena, memang die laaaa. boleh tengok post "dolu2" - https://e-irna.blogspot.my/2011/03/snap-edit-blog.html. Tapi sejak dua menjak makin menjadi jadi.. sampai boleh buat niaga laaa....




Thursday, July 21, 2016

Kelab Terapi Berkuda Utara

Ini salah satu terapi yg Qayyum join. Terapi berkuda oleh Kelab Terapi Berkuda Utara. Memang bersesuaian dengan diri Qayyum, ada nampak perubahan yg ketara, terutamanya konfiden level dia.
"Cikgu2" memang terlatih dan terbaik. Tiap kali join Qayyum memang enjoy sangat.


Kelab Terapi Berkuda Utara didaftarkan secara rasmi pada 2 Februari 2016. Ia merupakan badan NGO pertama di negeri Kedah/Perlis yang ditubuhkan oleh para ibu bapa yang punya anak OKU bersama individu-individu penuh empati dan dedikasi untuk melihat anak-anak ini menggapai impian mereka dengan menawarkan program terapi berkuda kepada anak-anak kelainan upaya .

Kelab ini mendapat kerjasama daripada jurulatih ‘Riding for the Disabled Association Malaysia’ (RDA) dan Pusat Ekuin, Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah.

Detail @ https://www.facebook.com/Kelab-Terapi-Berkuda-Utara-988730781209520/

LOKASI : PUSAT EKUIN, CINTA SAYANG RESORT, SUNGAI PETANI, KEDAH.

Terbuka kepada semua anak-anak OKU berusia dari umur 5 tahun hingga 12 tahun. Jika anda berminat, anda boleh memohon secara online dengan mengisi borang 'Rider Registration' yang terdapat di laman page kami atau PM kami dengan menyertakan butiran berikut :
1) Nama anak
2) Tarikh lahir anak
3) Umur anak
4) Diagnosis
5) Kondisi anak terkini
6) Nama ibu/bapa atau penjaga
7) Alamat terkini
8) No. telefon/handphone

Pihak kami akan menghubungi anda secepat mungkin bila terdapat kekosongan sesi terapi.










Tuesday, March 15, 2016

Malaysian Cub Prix Round 1, Serdang

Malaysian Cub Prix Round 1, Serdang 
Malaysia Cub Prix 2016 pusingan pertama yang berlangsung pada 12-13 Mac di Litar MAEPS, Serdang, Selangor DE 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...