Tuesday, September 9, 2014

Modenas Media Test Ride Langkawi



Pertengahan bulan Jun lepas aku terlibat dengan media - reporter dari majalah, akhbar, blog2 dan forum kat Malaysia ni. Upacara pelepasan bermula seawal pagi di Kilang Modenas Gurun, dan terus berkonvoi ke Jeti Kuala Perlis. Konvoi ini turut disertai oleh "group" & "rider" Modenas.




Sesi taklimat konvoi dan penerangan diberikan oleh En Azizul Aziz.








Upacara pelepasan konvoi oleh Tn Hj Fadhil. 
  
 Sejam lepas tu sampai ke Kuala Perlis., terus ke jeti, breakfast sikit dan tunggu feri untuk ke Langkawi.


RORO Feri yang agak besar. muat untuk kenderan - kereta, moto, lori, van kecil sahaja.
boleh klik sini untuk kadar sewa yang RORO berikan








Kuala Perlis RORO Terminal ↔ Langkawi Tanjung Lembung Port
Feri yang boleh membawa penumoang dengan kenderaan ke Langkawi. Dalam lingkungan 3 jam jugak la. Agak lama, tapi kat atas tu semua ada - toilet, kantin, and boleh layan movie kalau boring. Selain menikmati keindahan laut dan pulau2.

Setelah sampai ke Langkawi - Check-in kat GeoPark Hotel. Rehat sampai besok pagi.

Awal awal pagi lagi lepas sarapan nasi lemak bermula lalalala pengembaran pusing Pulau Langkawi. Bermula dari Geopark- Telaga Tujuh. Awana Porto Malai. Tanjung Rhu dan banyak lagi la!!!
Aku ni sebagai eskot. ikut ja. layan brother2 ni memang best. Shempoi. tiap kali ada la aksi2 dan perangai masing2. Tapi review tetap review










Dari jalan lurus ke tepi pantai, sampai la naik ke Gunung- Gunung Raya 881meter dari aras laut. Disebabkan baru lepas hujan jalan agak licin dan berkabus. Pemandangan memang cantik sejauh mata memandang. Sejuk pun sejuk.







Sempat naik menara (RM10/person) kat situ, Minum teh dan SELFIE!!

Setelah seharian ronda, layan kona, berpanas hujan, alhamdulillah semua selamat, so last sekali berhenti makan n rehat tgk sunset sebelah airport Langkawi - Pamtai Cenang. Layan laksa, rojak, pasembor sampai kenyang dan balik lena.



Sunset kat Pantai Cenang Langkawi.

Tunggu next ride plak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...